Assalamulaikum & Salam Sejahtera terutamanya buat pelanggan Cunhost.

Terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh anda sebagai pelanggan Cunhost selama ini. Kami bagi pihak pengurusan Cunhost amat berbesar hati kerana dapat berkerjasama dengan anda semua.

Di sini kami ingin memaklumkan bahawa selepas ini, Cunhost akan diambil alih sepenuhnya oleh GB Network Solutions.

Bagi pelanggan-pelanggan yang sudah membuat pembelian, servis akan terus berjalan seperti biasa sehingga sampai tarikh tamat tempoh.

Proses 'renewal' yang berikutnya boleh dibuat terus dengan GB Network selepas tamat tempoh dan mengikut harga yang termaktub oleh GB Network.

Proses pengambil alihan ini akan memakan masa sekitar 2 - 4 minggu.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, anda masih boleh menghubungi support Cunhost untuk maklumat lanjut.

Sekali lagi, pihak pengurusan Cunhost, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong kewujudan Cunhost sebagai salah satu hosting provider di Malaysia.

Sampai kita berjumpa lagi di lain waktu dan ketika.

"Te Desiderabimus"

Terima Kasih

Abdul Rahim
Cun Hosting
[ www.cunhost.com ]



Thursday, February 2, 2023

« Back